KEDAI MESIN MEMPROSES MAKANAN, PETI SEJUK & PETI AIS

 

Kami merupakan syarikat bumiputra yang membekal mesin memproses makanan (seperti oven, mixer, grinder dan lain-lain) peti sejuk & peti ais dan mesin, bahan pembungkusan, rak pameran dan stainless steel. Disamping itu , kami juga memberi khidmat bimbingan dari segi teknikal, pemilihan mesin dan juga memberi khidmat konsultan dari pembangunan kilang.

Kami juga boleh menghantar barangan peti sejuk dimana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia dan mesin-mesin lain mengikut tempat dan barangan.

Kami juga memberi perkhidmatan membaiki alatan mesin yang rosak samada dengan menghantar dikedai kami atau kami datang ke lokasi anda.

Jika anda memerlukan apa-apa mesin sila hubungi kami,  bagi memberi konsultan barangan yang diperlukan untuk anda.

Komentar Ditutup

Kedai

RC Machinery

No 91 Jalan SBC 1,

Taman Sri batu Caves

Selangor, MALAYSIA

No Tel : 03 – 6188 0911 atau

016 – 229  1600 (En Addy Ismail)

Fax No : 03 – 6186 4782

Email :   rcmesin@yahoo.com  (En Mohd Fairuz)

atau       rcmesin2@yahoo.com  (En Addy Ismail)

atau       rcmesin3@yahoo.com (Pn Faizah)

atau       rcmesin4@yahoo.com.au  (Yati)

Waktu Perniagaan

Isnin – Sabtu              8.30 Pagi  -   7.00 malam

Kecuali  tutup sementara  pada  Jumaat  12.45 tenghari – 2.15 petang (Sembahyang Jumaat)

Tutup :

Hari Ahad dan Hari Cuti Awam (Public Holiday)

Syarikat kami terletak di Batu Caves di jalan MRR2 dan betul-betul berhadapan dengan Petronas (Petronas ini pula bersebelahan dengan kuil besar hindu)

Komentar Ditutup

Peti Sejuk (Fridge)

Peti Sejuk boleh dibahagikan kepada beberapa kategori

  1. Pintu – lebih banyak pintu, lebih besar peti sejuk
  2. Size – Terutamanya untuk peti sejuk 1 pintu, ianya ada table top, kecil dan yang besar
  3. Jenis barangan yang hendak disimpan – Sebenarnya ada 3 jenis peti sejuk mengikut barangan yang disimpan
  • Menyimpan barangan kering seperti air botol
  • Menyimpan barangan basah seperti sayur memerlukan high density fridge supaya ianya tidak kering
  • Untuk menyimpan kek atau roti

Bagaimana kebanyakan orang hanya membeli peti sejuk jenis biasa untuk menyimpan kesemua barang diatas. Ini menyebabkan banyak bahan tidak tahan lama seperti sayuran lekas kering atau kek menjadi keras. Sebaik-baiknya penguna seharusnya membeli peti sejuk jenis specific untuk perniagaannya.

1. Peti Sejuk Besar

 

 

2. Peti Sejuk 1 Pintu

3. Peti Sejuk/Peti Ais Kombinasi

(Chiller Freezer)

C. PETI SEJUK DAN PETI AIS Satu jenis lagi peti sejuk adalah separuh peti sejuk (dibahagaian atas) dan separuh peti ais (dibahagaian bawah). Ianya dipanggil Chiller/Freezer Ianya dibahagi mengikut pintu.

  • 2 pintu
  • 4 pintu
  • 6 pintu

Bahan material yang ada pilihan samada

  • Colour bond. – Untuk jenis ini, penutup pintu  adalah jenis magnetic. Harga lebih mahal sedikit dari jenis stainless steel tetapi ianya lebih cantik.
  • Stainless Steel – Penutup pintu jenis handle. Tetapi sesuai untuk keadaan yang lebih kasar sebab ianya tidak mudah bercalar.

Komentar Ditutup

Freezer (Peti Ais)

Penghantaran percuma dimana-mana tempat di Semenanjung Malaysia untuk peti sejuk (Chest Freezer).

Freezer atau peti ais selalu boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. Chest Freezer (Peti ais jenis kotak)
2. Upright Freezer (Peti Ais Berdiri)

Manakala Chest Freezer atau Peti Ais Kotak boleh dibahagi kepada 3 jenis mengikut penutupnya. Jenis-jenis itu adalah seperti berikut:

A. Hard Lid atau Penutup Keras . Harga lebih murah dibandingkan dengan jenis yang lain. Sesuai untuk menyimpan barangan sejuk tanpa untuk menunjukkan kepada pelanggan.
b. Glass Lid atau Penutup Gelas. Harga tinggi sedikit dari Hard Cover. Sesuai untuk mempamirkan barangan sejuk beku.
c. Curve Lid atau Penutup Lengkung. Harga paling tinggi antara jenis yang lain. Sesuai untuk memperagakan produk. Selalu digunakan untuk menjual barangan seperti aiskrim.

Bagi setiap jenis diatas kami mempunyai 2 brand iaitu
1 Brand Snow buatan Malaysia
2. Brand Liebherr compressor buatan Jerman. Jenis ini lebih baik dari model Snow kerana

  • Compressor yang lebih berkualiti dan lebih tahan lama
  • Kurang mengunakan elektrik lebih kurang 1/3 penjimatan dari Snow
  • Kualiti lebih halus dan cantik
  • Penebatan lebih baik. Jika tiada elektrik, suhu sejuk dapat disimpan dengan lebih lama, jadi produk akan dapat tahan lama juga.

1. Chest Freezer (jenis Glasss Lid)

2. Chest Freezer Hard Lid

(Penutup Keras)

Bagi freezer model  yang paling panjang, ianya mempunyai 2 pilihan samada satu pintu ada 2 pintu. Harga 2 pintu mahal sedikit sahaja dari harga satu pintu.

 

3. Chest Freezer

(jenis Glasss Curve Lid)

 


 

4.Upright Freezer

(Peti Ais jenis Berdiri)

Komentar Ditutup

Mixer (Mesin Pengadun)

1. GENERAL/PLANETARY MIXER

Mixer (Mesin Pengadun) ini bekerja berdasarkan berputaran planet, dimana beater berputar mengeliling  bowl dimana bowl tidak berputar sehingga menghasilkan adunan yang rata & lembut.

Setiap mesin datang dengan  2 biji bowl dan 3 jenis batang boleh ubah iaitu

(a)   spiral  : Mengadun adunan tepung & jenis bahan makanan yang sangat kental

(b)  beater : Mengadun keju, adunan pastry dan croissant, aneka tepung, mentega

(c)  whip     : Mengadun bahan makanan seperti cream, telur, susu segar

 

 

2. SPIRAL MIXER

Spiral mixer merupakan mesin sesuai untuk adunan kental dan bercapacity  besar. Ianya berfungsi dimana Spiral Beater dan Bowl berputar berlawanan sehingga menghasilkan adunan yang rata & lembut.

Untuk melihat bagaimana mesin ini berfungsi sila klik pada laman dibawah ini (Bukan model sebenar tetapi hampir serupa) :

http://www.youtube.com/watch?v=LTmrH_Ni6nE&feature=related

3. HORIZONTOL MIXER

Mesin mempunyai capacity yang lebih besar dari General mixer dan Spiral Mixer. Harga juga tidak semahal spiral Mixer.


4. EGG MIXER

5.  MIXER BUATAN TAIWAN

Walaupun mesin buatan China dan Taiwan hampir sama, tetapi perbezaan utama adalah dari segi cara enjinnya bergerak.  General mixer buatan China mengunakan gear tetapi mesin buatan Taiwan mengunakkan belt. Harga buatan Taiwan hampir 3X ganda dari harga buatan China

Komentar Ditutup

Oven

Oven secara am boleh dibahagikan kepada dua mengikut kuasa pemanas

  • OVEN ELEKTRIK

  • OVEN GAS

Kelebihan Oven Elektrik adalah

  • Bentuk Kecil
  • Harga lagi murah dari gas

Kekurangan Oven elektrik

  • Kos operasi tinggi
  • Perlu kuasa elektrik besar sehingga 3 phase kalau oven besar

Kelebihan Oven Gas

  • Jimat Kos Operasi

Kekurangan Oven Gas

  • Bentuk Besar (Makan space)
  • Mahal

Size oven diukur mengikut 

  • Berapa tray

  • Berapa Deck atau tingkat

Contohnya 1 deck 2 tray, 2 deck 4 tray

1. Elektrik Oven

2. Gas Oven

3. Oven & Fermenting Box (2 in 1)

4. Convention Oven

5. Oven Permulaan Rumah

Sesuai untuk oven dirumah atau baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Komentar Ditutup

Sealing Machine (Mesin Sealing)

Produk ketika tidak dikemas dengan baik maka akan dipastikan menurunkan nilai jual dengan sangat besar. Oleh itu tentu sangat merugikan dan tidak berbaloi susah payah anda tidak terbalaskan dengan sewajarnya.

Sebaliknya sebuah produk yang biasa saja namun dikemas dengan baik maka nilai jualnya akan meningkat naik dan pada akhirnya keuntungan akan berlipat ganda.

Disini di beri beberapa mesin sealing (pengatup/pengemas)

1. Mesin Sealing untuk plastik

Mesin ini sebagai mesin seal untuk bahan plastik dengan pengoperasian tangan ataupun kaki. Bergunakan untuk seal plastik untuk aneka keperluan. Misalnya: untuk mengemas bungkus makanan ringan, dan lain-lain. Terdapat dalam perbagai model hand sealer maupun pedal sealer dengan panjang seal yang perbagai juga.

Perlu diingat bahawa untuk men’seal’ sesuatu plastik, seelok-eloknya hendaklah kering kerana basah, sealing tidak sangat melekat dan mudah terbuka.

a. Hand Press Sealer

b. Sealing Foot Type (Jenis Kaki)

Jenis kaki. Sealing heating element 2 mm. Sesuai untuk seal barangan yang tidak mudah tumpah seperi kerepek dan sebagainya dan tidak sesuai untuk mudah tumpah seperti bahan yang berair.

c. Sealing Foot Type  – Heavy Duty (Jenis Kaki)

Jenis kaki. Sealing heating element sehingga 5 mm, lebih lebar dan lebih heavy duty dari jenis FS diatas.

Juga atas para untuk meletak barangan supaya tidak tumpah. Oleh itu sesuai untuk mudah tumpah seperti bahan yang berair.

2. Mesin Sealing untuk supermarket

Mesin untuk seal atau membungkus barangan yang tidak sekata seperti buah dan lain-lain. Untuk melihat bagaimana mesin ini berfungsi sila klik pada laman dibawah ini (Bukan model sebenar tetapi hampir serupa) bagi:

http://www.youtube.com/watch?v=-HWMhnSBq6g

3. Continous Sealing Machine

Mesin automatic yang mempunyai dua fungsi dalam satu

  • Pertama : sealing
  • Kedua : Mencetak tarikh luput (expiry date), kod pengeluaran, atau nama syarikat

Mesin ini adalah  salah satu jenis mesin pengemas yang selalu digunakan untuk mengemas berbagai jenis bahan dengan lebih banyak dan laju. Mesin ini dapat meng’seal’ plastic film dari berbagai macam bahan plastik seperti PE, PP, PET/PE atau alumunium foil dengan kelajuanyang boleh diatur.

Mesin ini juga dapat digunakan untuk mengemas berbagai produk industri seperti kerepek, buah, snack, minyak goreng, sabun cairan, kopi dan sebagainya yang dikemas dalam beg plastik atau Aluminium Foil

Mempunyai dua model samada menegak atau berbaring

Untuk melihat bagaimana mesin ini berfungsi sila klik pada laman dibawah ini (Bukan model sebenar tetapi hampir serupa) bagi:

Model Horizontol (baring) : http://www.youtube.com/watch?v=jN7nuobZ72o

Model Vertical (menegak) : http://www.youtube.com/watch?v=ZsjbhwsUE6U&feature=related

4. Cup Sealing Machine

Sebuah alat penutup seal pada gelas plastik yang sering kita temui seperti air mineral.  Ia berfungsi secara semi automatik karena masih mengunakan cara manual pada mengisikan cairan pada gelasnya.

Mesin  ini sangat efektif membantu anda untuk melakukan seal produk anda. Setelah itu ada mesin ini, produk anda tidak akan kalah dibandingkan dengan produk-produk perusahaan besar, akan terlihat sangat profesional.  Dengan mesin ini juga, kerja anda akan dapat dibuat dengan sangat efektif dan efisien.

Mesin untuk seal cup seperti air mineral yang berbentuk cup.  Untuk melihat bagaimana mesin ini berfungsi sila klik pada laman dibawah ini (Bukan model sebenar tetapi hampir serupa).

http://www.youtube.com/watch?v=bXyne4-wCTA&feature=related

Model diatas adalah model manual.

Bagi untuk model semi auto, sila layari laman berikut :

http://www.youtube.com/watch?v=4d4rqLRbvL4&feature=related

5. Vacuum Sealing Machine

Mesin Vacumn Sealing Machine yang mengunakkan konsep mengeluarkan udara dari dalam paket dan seterusnya menseal paket tersebut. Untuk melihat bagaimana mesin ini berfungsi sila klik pada laman dibawah ini (Bukan model sebenar tetapi hampir serupa) :

http://www.youtube.com/watch?v=47IhrE6FDxA&feature=related

6. Shrink Tunnel

7. Household Sealing Machine

House Hold Packager adalah peralatan yang digunakan untuk seal produk dalam keadaan vakum (hampa udara). Sesuai untuk secara meng’seal’ secara kecilan seperti dirumah dan untuk plastik yang kecil.

Untuk melihat bagaimana mesin ini berfungsi sila klik pada laman dibawah ini

http://www.youtube.com/watch?v=H5NrLQUPgzs

http://www.youtube.com/watch?v=tRU5s_AjcW0&feature=related

 

8. Bag Neck Sealer


Komentar Ditutup